BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, April 20, 2010

اهلا وسهلا ومرحبا بكم

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين الذي نفسي بيده والصلاة والسلام على اشرف الْنبياء والمرسلين وعلى اله وصحبه اجمعين

Segala puji-pujian hanyalah bagiNya yang menciptakan diri sekalian manusia serta segala apa yang ada di langit dan di bumi... Segala puji-pujian hanyalah bagiNya yang memberi kita peluang untuk berada, serta merasai kehidupan di dunia ini... Segala puji-pujian hanyalah baginya yang telah memberi kita peluang untuk terus hidup di atas muka bumiNya serta melengkapi kehidupan hambanya dengan pelbagai nikmat yang tidak terkira... Segala puji dan puja hanyalah bagiNya yang tidak pernah alpa dalam mentadbir segala urusan... Sahabat-sahabat seperjuangan sekalian, cukuplah Dia satu-satunya tempat kita bergantung harap. sesngguhnya firman Allah dalam muhkam tanzil : ".. الله الصمد...", (surah al-ikhlas : ayat 2) yang membawa maksud,"Cukuplah Allah tempat bergantung segala sesuatu. Ini adalah kerana Dialah yang memegang hati hambaNya... Nescaya, tiada sesiapa yang akan memahami kita semua lebih baik daripada Dia Tuhan Yang Mengetahui segala yang zahir dan yang batin...

Selawat dan salam ke atas junjungan besar, rasulullah s.a.w, atas sebab kesabaran dan perjuangan baginda kita dapat merasai dua nikmat yang indahnya tiada tandingannya, yakni nikmat iman dan islam... Pejuang Agama sekalian, sesungguhnya, nabi Allah (Muhammad s.a.w) telah bermati-matian dalam memperjuangkan din islam, sehingga sanggup berjuang segalanya demi untuk menyelamatkan dan menyebarkan Islam hingga akhirnya Islam tersebar luas. Dan atas nikmatnya,pada hari ini, kita dinamakan dengan nama Sumayyah, Fadhillah, Abdullah Muaz, Muhammad Fathi... Bayangkan, kalau Islam tidak tersebar begitu luas... Agaknya, apa nama kita hari ini??? Mungkin kita akan dinamakan dengan nama Mei Ling, atau Mutu Samy, atau Ah Seng... Jadi, sahabat sekalian, kedua nikmat yang kita dapat ini, mestilah kita peliharanya dengan sebaik mungkin... Suburkannya dengan ilmu dan yang paling penting amalkan ilmu tersebut dalam kehidupan seharian... Kerana sesungguhnya, ilmu tanpa amal ibarat pokok tidak berbuah....

Ayyuhal mujaahidin, qum minan naumikum... Sedarlah kalian akan perlunya kalian dalam memperbaiki ummah... Sedarlah kalian bahawa tanggungjawab kalian adalah "Amar Makruf Nahi Mungkar". Laksanakannya dengan sebaik mungkin... Untuk melaksanakannya, pastikan bahawa ianya sudah terlaksana dalam diri sendiri... Baiki diri dan Serulah yang lain...

Ayyuhal Asdiqo' Al-a'izza', tuntutlah ilmu dengan penuh kesungguhan. Dan niatkanlah ia kerana Tuhan... Sesungguhnya,menuntut ilmu itu WAJIB bagi setiap muslim.... Bangunlah kalian dari buaian mimpi... Kalian diperlukan ummah... Sampaikanlah ilmu yang bermanfaat kerana sesungguhnya ianya akan memberi manfaat kepada yang lain.

Ayyuhal ikhwan wal akhwat, ingatlah sesungguhnya kehidupan di dunia adalah satu pengabdian. Firman Allah dalam Al-Qur'an Karim yang membawa maksud, "Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu". Oleh itu, sama-samalah kita perbaiki diri dan laksanakan apa yang sepatutnya, selagi nyawa masih ada, selagi segalanya masih sempat, selagi Tuhan mengizinkan...

Ingatlah, kitalah yang akan menyambung tugas Nabi sebagai pendakwah...
KALAU BUKAN KITA,SIAPA LAGI???
KALAU BUKAN SEKARANG, BILA LAGI???
KALAU BUKAN DI SINI, DI MANA LAGI???

wassalam...